Fungsi Bahagian
1. Rekabentuk Awam & Struktur
- Menyediakan rekabentuk bagi komponen struktur seperti asas, rasuk, tiang dan papak.
- Menghasilkan lukisan kejuruteraan yang lengkap dan mematuhi piawaian.
2. Penghasilan Lukisan Teknikal
- Menyediakan lukisan pembinaan (construction drawings).
- Menyemak dan memastikan ketepatan lukisan sebelum pelaksanaan projek.
3. Pemeriksaan Kerosakan Bangunan (Forensik)
- Menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan bermasalah seperti retakan, mendapan dan kegagalan struktur.
- Mengenal pasti punca kerosakan serta mencadangkan kaedah pembaikan.
- Menyediakan laporan teknikal yang terperinci.
4. Khidmat Nasihat Teknikal
- Memberi pandangan teknikal kepada jabatan/agensi kerajaan.
- Membantu dalam penilaian rekabentuk dan cadangan projek.
5. Kajian Semula Rekabentuk
- Menilai semula rekabentuk sedia ada untuk penambahbaikan.
- Memastikan rekabentuk memenuhi keperluan keselamatan dan kos efektif.
6. Penilaian Teknikal & Audit Rekabentuk
- Terlibat dalam penilaian teknikal bagi projek reka & bina (design & build).
- Menjalankan audit rekabentuk untuk memastikan pematuhan kepada spesifikasi dan standard kejuruteraan.