Bahagian Arkitek bertanggungjawab menyediakan rekabentuk senibina yang memenuhi kehendak serta memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam tempoh masa dan kos yang telah diperuntukkan.
Selain itu, bahagian ini memastikan setiap rekabentuk bangunan dan infrastruktur yang dihasilkan menepati aspek keselamatan pengguna, kemudahan penyenggaraan, ciri-ciri rekabentuk yang bersesuaian serta mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan.
Fungsi Bahagian Senibina
Bahagian Senibina menjalankan fungsi-fungsi utama seperti berikut:
Menyediakan rekabentuk senibina dan hiasan dalaman bagi projek-projek Persekutuan dan Negeri yang dilaksanakan secara konvensional (dalaman).
Mengurus pelantikan perunding serta penyediaan rekabentuk senibina bagi projek yang dilaksanakan secara konvensional (perunding) dan kaedah reka dan bina.
Merancang, merekabentuk serta mengurus pelaksanaan projek-projek Istana.
Menyediakan lukisan rekabentuk, dokumen tender, sebut harga serta lukisan kerja bagi projek-projek Persekutuan dan Negeri.
Menyelia dan memantau pelaksanaan projek-projek pembinaan yang sedang dijalankan.
Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang senibina dan hiasan dalaman kepada Kerajaan Negeri serta jabatan-jabatan lain, termasuk dalam pelaksanaan projek dan penganjuran majlis rasmi Kerajaan

Ar. Lydiana binti Dimyati
Arkitek Penguasa Gred J13
Emel : lydiana@jkr.gov.my
No. Telefon : 04-289 8944
No. Faks : 04-289 8845