Bahagian Pentadbiran & Kewangan merupakan salah satu bahagian utama yang beroperasi di Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang. Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan serta pengurusan digital bagi memastikan kelancaran operasi jabatan secara keseluruhan.
Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) unit utama:
1. Unit Pentadbiran / Stor
Mengurus urusan pentadbiran am jabatan.
Mengendalikan rekod, fail dan surat-menyurat rasmi.
Mengurus stor, inventori dan bekalan pejabat.
2. Unit Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus perjawatan, lantikan, kenaikan pangkat dan perkhidmatan staf.
Mengendalikan urusan latihan, prestasi dan kebajikan kakitangan.
Menyelaras data dan maklumat perkhidmatan.
3. Unit Kewangan
Mengurus peruntukan dan bajet jabatan.
Memproses pembayaran, tuntutan dan akaun kewangan.
Memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan kerajaan.
4. Unit Pengurusan Digital
Pengurusan Portal Rasmi Jabatan, Sistem Dalaman Jabatan, Emel Rasmi Jabatan
Membangunkan semula dan mengurus portal rasmi jabatan secara in-house.
Menyelenggara sistem dalaman jabatan.
Memastikan sistem stabil, mesra pengguna dan berfungsi dengan baik.
Menguruskan segala permohonan emel rasmi jabatan kepada semua pegawai yang berkelayakan.

Oh Siow Lee
Ketua Penolong Pengarah Gred M12
Emel : ohsiowlee@jkr.gov.my
No. Telefon : 04-289 8888
No. Faks : 04-289 8823