faq hubungi maklumbalas peta

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi keselamatan terkini termasuk penyulitan data (data encryption) digunakan untuk melindungi semua maklumat yang dikemukakan melalui Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. Pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat dilaksanakan bagi mengelakkan capaian, penggunaan atau pendedahan maklumat secara tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua data peribadi yang disimpan secara elektronik serta data yang dihantar melalui Laman Web ini dilindungi menggunakan sistem keselamatan dan teknologi perlindungan yang bersesuaian bagi memastikan integriti, kerahsiaan dan keselamatan maklumat terjamin.

Dasar Keselamatan

Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan tertentu seperti borang maklum balas atau perkhidmatan dalam talian mungkin dikehendaki untuk mendaftar bagi tujuan pengesahan identiti dan keselamatan, bagi mengelakkan penyalahgunaan atau kejadian yang tidak diingini. Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan melalui Laman Web ini. Pelawat juga hendaklah memastikan sebarang fail atau dokumen yang dihantar atau dilampirkan adalah bebas daripada sebarang virus, perisian hasad atau pepijat (bug) yang boleh menjejaskan sistem. Sebarang pautan daripada laman web kerajaan atau swasta ke Laman Web ini hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pentadbir Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. Sebarang percubaan untuk menceroboh, menggodam atau mengganggu operasi Laman Web ini adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang,
Jalan JKR 11600 Pulau Pinang,
04-289 8888 | 04-289 8889
webmasterpp@jkr.gov.my

Peta Laman

Capaian Pelawat

000691
Today: 8
This Week: 269
Last Week: 398
This Month: 660
Last Month: 31
This Year: 691
Total: 691

Dikemaskini pada :

  • 10 July 2026.
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang | Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0