faq hubungi maklumbalas peta

Bahagian Arkitek

Bahagian Arkitek bertanggungjawab menyediakan rekabentuk senibina yang memenuhi kehendak serta memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam tempoh masa dan kos yang telah diperuntukkan.

Selain itu, bahagian ini memastikan setiap rekabentuk bangunan dan infrastruktur yang dihasilkan menepati aspek keselamatan pengguna, kemudahan penyenggaraan, ciri-ciri rekabentuk yang bersesuaian serta mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan.

Fungsi Bahagian Senibina

Bahagian Senibina menjalankan fungsi-fungsi utama seperti berikut:

  • Menyediakan rekabentuk senibina dan hiasan dalaman bagi projek-projek Persekutuan dan Negeri yang dilaksanakan secara konvensional (dalaman).

  • Mengurus pelantikan perunding serta penyediaan rekabentuk senibina bagi projek yang dilaksanakan secara konvensional (perunding) dan kaedah reka dan bina.

  • Merancang, merekabentuk serta mengurus pelaksanaan projek-projek Istana.

  • Menyediakan lukisan rekabentuk, dokumen tender, sebut harga serta lukisan kerja bagi projek-projek Persekutuan dan Negeri.

  • Menyelia dan memantau pelaksanaan projek-projek pembinaan yang sedang dijalankan.

Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang senibina dan hiasan dalaman kepada Kerajaan Negeri serta jabatan-jabatan lain, termasuk dalam pelaksanaan projek dan penganjuran majlis rasmi Kerajaan

Ar. Lydiana binti Dimyati

Arkitek Penguasa Gred J13

Emel : lydiana@jkr.gov.my
No. Telefon : 04-289 8944
No. Faks :  04-289 8845

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang,
Jalan JKR 11600 Pulau Pinang,
04-289 8888 | 04-289 8889
webmasterpp@jkr.gov.my

Capaian Pelawat

003430
Today: 77
This Week: 251
Last Week: 525
This Month: 1,814
Last Month: 1,585
This Year: 3,430
Total: 3,430

Dikemaskini pada :

  • 18 August 2026.
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang | Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0