faq hubungi maklumbalas peta

PERUTUSAN PENGARAH

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera.


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. Laman web ini dibangunkan semula sebagai memenuhi kriteria speksifikasi SPLaSK. Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia, JKR Pulau Pinang diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan di seluruh negeri. JKR komited untuk memastikan organisasi ini berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai visi, misi dan objektif jabatan, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.


Melalui laman web ini, JKR berhasrat untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan aktiviti dan peranan jabatan. Laman ini turut disasarkan kepada tiga kumpulan utama pengguna iaitu orang awam, juruperunding dan kontraktor. Bagi juruperunding dan kontraktor, maklumat seperti kenyataan tender serta penerbitan teknikal disediakan bagi tujuan rujukan. 


JKR Pulau Pinang berharap agar para pengguna mendapat manfaat dan pengalaman yang selesa semasa melayari laman web ini. Sebarang aduan, pertanyaan, maklum balas dan cadangan amat dialu-alukan bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Sebagai sebuah jabatan teknikal terbesar kerajaan, JKR Pulau Pinang beraspirasi untuk menjadi agensi pelaksana terbaik di negara ini. JKR Pulau Pinang akan terus komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan melalui penambahbaikan berterusan dalam semua bidang yang dipertanggungjawabkan.

Ir. Azmi bin Abdul Hamid

Pengarah Kerja Raya

Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang

a

Ir. Azmi bin Abdul Hamid

Pengarah Kerja Raya

Emel : azmihmd@jkr.gov.my
No. Telefon : 604-289 8888
No. Faks :  604-289 8988

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang,
Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang,
Jalan JKR 11600 Pulau Pinang,
04-289 8888 | 04-289 8889
webmasterpp@jkr.gov.my

Peta Laman

Capaian Pelawat

000691
Today: 8
This Week: 269
Last Week: 398
This Month: 660
Last Month: 31
This Year: 691
Total: 691

Dikemaskini pada :

  • 10 July 2026.
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang | Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0