Penafian Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang
Semua maklumat yang dipaparkan pada Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (“Laman Web ini”) adalah diterbitkan untuk tujuan maklumat am dan pengetahuan sahaja. Maklumat yang dipaparkan di sini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan mungkin tidak lagi tepat selepas tarikh muat naik.
Walaupun segala usaha dan penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini, tiada sebarang waranti, sama ada secara nyata atau tersirat, diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejennya mengenai kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan atau kesesuaian maklumat tersebut.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, serta mana-mana pegawai, kakitangan atau ejennya tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan ke atas sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian khas, tidak langsung atau berbangkit, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan terhadap maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini, sama ada melalui tindakan kontrak, tort atau sebaliknya.
Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerosakan perisian atau perkakasan yang mungkin dialami akibat penggunaan atau akses kepada Laman Web ini.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang bagi sebarang maklumat yang memerlukan pengesahan rasmi.