LANGKAWI, 24 September 2026 – Bahagian Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Kajian Ketahanan Jalan (HDM-4) dan Pengurusan Aset Inventori bagi Jalan-Jalan Raya Negeri Pulau Pinang yang berlangsung selama tiga hari, bermula 23 hingga 25 September 2026, bertempat di Ombak Villa Langkawi.
Bengkel ini diadakan sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman serta memperkukuh kerjasama antara agensi dan jabatan yang terlibat dalam aspek perancangan, pengurusan, pemantauan serta penyelenggaraan aset jalan raya di Negeri Pulau Pinang. Program berkenaan turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, antaranya Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Pejabat Exco, Pejabat Tanah dan Daerah bagi lima daerah serta JKR Daerah bagi lima daerah.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ir. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, yang turut menekankan kepentingan pengurusan aset jalan secara sistematik dan bersepadu bagi memastikan infrastruktur jalan raya negeri dapat diurus dengan lebih cekap, teratur dan berkesan. Selain pengisian berkaitan Kajian Ketahanan Jalan menggunakan HDM-4 serta pengurusan aset dan inventori jalan, para peserta turut didedahkan kepada fungsian Sistem Pengurusan Aset Jalan (Sistem SPAJa). Pendedahan tersebut bertujuan memberikan pemahaman berkaitan penggunaan sistem dalam membantu pengurusan maklumat dan inventori aset jalan secara lebih tersusun serta berasaskan data. Bagi pemantapan penggunaan sistem ini telah dihadiri oleh En. Muhammad Zubaidi bin Mohamad Zikri, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang.
Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan antara jabatan dan agensi yang berkaitan, di samping meningkatkan keupayaan dalam pengurusan aset jalan secara bersepadu. Usaha ini juga selaras dengan keperluan untuk memastikan maklumat inventori jalan sentiasa dikemas kini dan dapat dimanfaatkan dalam menyokong proses perancangan, pemantauan serta pengurusan infrastruktur jalan raya Negeri Pulau Pinang secara lebih berkesan.