1. Apakah yang dimaksudkan JKR Pulau Pinang?
JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang merupakan sebuah jabatan negeri di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia yang ditadbir urus oleh Kementerian Kerja Raya. Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penasihat teknikal kepada kerajaan negeri dan persekutuan, JKR Pulau Pinang bertanggungjawab dalam pembangunan prasarana dan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat kerajaan ini, JKR ditempatkan di setiap negeri dan daerah bagi mengeratkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Pulau Pinang?
JKR Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara termasuk merancang, mereka bentuk dan membina projek infrastruktur serta kemudahan awam di negeri ini. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal, pengurusan projek dan pengurusan penyenggaraan yang menyokong sektor pembinaan dan pembangunan negara khususnya dalam kerja-kerja infrastruktur.
3. Bolehkah saya memohon untuk menjadi kakitangan JKR Pulau Pinang?
Sudah tentu boleh! Pegawai dan kakitangan JKR khususnya JKR Pulau Pinang terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan. Oleh itu, anda boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia apabila terdapat tawaran jawatan yang diiklankan oleh kerajaan melalui portal rasmi dan media utama.
4. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Pulau Pinang?
Anda boleh menggunakan aplikasi atau direktori warga JKR Pulau Pinang untuk menghubungi kakitangan di seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang termasuk di cawangan dan daerah berkaitan.
5. Bagaimana cara untuk saya menghubungi Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang?
Anda boleh menghubungi:-
Tel : 04-289 8967 (Encik Muhammad Zubaidi, PPTM FA5)
Fax : 04-289 8823