Bahagian Jalan bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan sistem perhubungan serta rangkaian jalan raya yang menyeluruh, selamat, efisien dan ekonomik bagi menyokong pelaksanaan dasar pembangunan negara. Penyediaan rangkaian jalan raya yang baik bukan sahaja meningkatkan kemudahan pengangkutan, malah membantu membuka kawasan baharu serta merancakkan pembangunan ekonomi setempat.
Fungsi Bahagian Jalan
Melaksanakan projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Menyelenggara jalan raya dan jambatan agar sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan boleh digunakan pada setiap masa.
Menaiktaraf jalan sedia ada, khususnya dari aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Menyemak serta memberi ulasan teknikal terhadap permohonan pembangunan sektor swasta yang melibatkan jalan di bawah seliaan JKR.
Bertindak sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan jabatan-jabatan berkaitan.
Menjalankan bancian lalu lintas kebangsaan serta kajian berkaitan keselamatan jalan raya bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan.
Kosong
Jurutera Awam Penguasa (Jalan) Gred J13
Emel : -
No. Telefon : 04-289 8802
No. Faks : 04-289 8834