Fungsi Bahagian
1. Wakil Kerajaan dalam Pelaksanaan Projek
- Bertindak sebagai wakil rasmi kerajaan di tapak bina.
- Mengawal selia pelaksanaan projek mengikut kontrak dan spesifikasi yang ditetapkan.
2. Penyeliaan Kerja Pembinaan
- Memantau kemajuan kerja di tapak supaya mengikut jadual.
- Memastikan kualiti kerja pembinaan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
- Menyelia pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
3. Pengeluaran Arahan Kerja
- Mengeluarkan arahan kepada kontraktor seperti Arahan Perubahan Kerja (VO), arahan tapak dan arahan teknikal.
- Memastikan setiap arahan adalah selaras dengan syarat kontrak.
4. Pentadbiran Kontrak
- Mentadbir kontrak sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
- Memastikan semua pihak (kontraktor dan kerajaan) mematuhi obligasi kontrak.
- Mengurus isu berkaitan tuntutan, lanjutan masa (EOT) dan perubahan kerja.
5. Pemantauan Prestasi Kontraktor
- Menilai prestasi kontraktor dari segi masa, kos dan kualiti.
- Mengambil tindakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan kontrak.
6. Pelaporan Projek
- Menyediakan laporan kemajuan projek secara berkala.
- Melaporkan status projek kepada Pengarah Negeri dan pihak IPJKR.