Jom turun beramai-ramai ke Padang Kota Lama bagi menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026!
Pelbagai persembahan dan perarakan kontinjen yang menarik menanti anda. Mari kita sama-sama semarakkan jiwa merdeka dan raikan kesejahteraan negara bertepatan dengan tema tahun ini, "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".

31 Ogos 2026 (Isnin)

7.30 Pagi

Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Ayuh, tunjukkan semangat perpaduan kita. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir!
Untuk sebarang maklumat terkini, terus ikuti laman media sosial rasmi Pejabat SUK Pulau Pinang.