Peneraju Transformasi Digital: Memacu agenda digital, penggunaan data, dan analitis untuk meningkatkan kecekapan organisasi.
Pengurusan Keselamatan ICT: Memastikan pematuhan Dasar Keselamatan ICT, penilaian risiko, dan perlindungan data dilaksanakan.
Penyelarasan Strategik: Memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) organisasi selari dengan PSP Sektor Awam.
Penyampaian Perkhidmatan: Mentransformasi perkhidmatan ke arah digital (seperti perkongsian data dan teknologi baharu) yang memfokuskan pengalaman pengguna.
Pengurusan Sumber & Tadbir Urus: Memastikan kecukupan sumber kewangan dan manusia bagi projek digital serta memantau pelan latihan.