Jadual Pemasangan Komputer dan Notebook Baharu

Sila ambil perhatian terhadap beberapa perkara penting berikut:

  1. Storan Awan (Cloud Storage):

    • Semua pengguna dibekalkan dengan akaun storan awan Google Drive dan OneDrive yang mempunyai kapasiti sehingga 1TB. Sila manfaatkan storan ini untuk membuat backup data tugasan dan rasmi syarikat.

  2. Data Sensitif / Peribadi:

    • Bagi data atau fail yang bersifat sensitif dan peribadi, anda disarankan untuk membuat backup ke dalam cakera keras luaran / peribadi (external hard disk / pendrive) masing-masing.

  3. Tanggungjawab Pemindahan Data:

    • Pihak syarikat/kontraktor pelaksana pemasangan TIDAK AKAN TERLIBAT dalam sebarang proses pemindahan (migration) data peribadi atau data sedia ada pengguna.

    • Pihak kami dan vendor tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data sekiranya langkah backup tidak dilakukan sebelum pemasangan peranti baharu.

  4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan dalam memastikan semua data penting disandarkan mengikut jadual lokasi masing-masing amatlah dihargai.

    Sekian, terima kasih.