Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/ Dato’/ Datuk Dr./ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

PELAKSANAAN E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (EPSA® ARPA)

2.     Sebagaimana semua sedia maklum, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) merupakan agenda strategik Kerajaan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsif dan berimpak tinggi. Selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 yang mengangkat tema “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”, semua kementerian dan agensi perlu mempergiat usaha pembudayaan reformasi secara menyeluruh, termasuk melalui pelaksanaan program Pembangunan kompetensi yang terancang dan berterusan.

3.   Dalam hubungan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah dipertanggungjawabkan untuk menyebar luas pemahaman terhadap ARPA kepada seluruh penjawat awam. Susulan itu, INTAN telah membangunkan Kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) ARPA sebagai medium pembelajaran kendiri bagi meningkatkan kefahaman, penghayatan dan komitmen penjawat awam terhadap aspirasi, hala tuju serta pelaksanaan ARPA. Kursus ini telah pun mula ditawarkan melalui platform EPSA pada 3 Julai 2026.

4.    Sehubungan itu, semua anggota Perkhidmatan Awam kementerian dan agensi DIWAJIBKAN untuk menyelesaikan modul latihan tersebut selewat-lewatnya pada 1 November 2026 (Ahad). Pegawai yang menyelesaikan modul ini layak untuk mendapat dua (2) jam kehadiran berkursus. Modul latihan yang berkaitan boleh diakses melalui pautan https://www.epsa.gov.my/course/view.php?id=1059.

5.    Bagi tujuan kelancaran kepada proses penyediaan pelaporan status pelaksanaan, tuan/puan dimohon untuk memastikan maklumat akaun EPSA telah dikemaskini berdasarkan penempatan semasa tuan/puan.

6.    Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan modul ini boleh dirujuk kepada urus setia CPMI, BPSM di talian 03-2771 5438 (Encik Mohammad Firdaus) / 03-2771 5425 (Encik Zulfikri) / 03-2771 5435 (Encik Zulkiflee). Perhatian dan kerjasama tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


URUS SETIA
Cawangan Pembangunan Modal Insan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Kerja Raya 

Tingkat 12, Blok B

Kompleks Kerja Raya


 |T: 03-2771 5438 |F: 03-2711 8346