Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
HEBAHAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN MyBIM LAB JKR MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kemudahan MyBIM LAB JKR Malaysia kini dibuka untuk tempahan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti berkaitan Building Information Modelling (BIM), program pembangunan kompetensi, latihan, bengkel, mesyuarat teknikal serta aktiviti berkaitan pendigitalan sektor pembinaan.
3. Sehubungan itu, Warga Jabatan Kerja Raya (JKR), kementerian, agensi kerajaan, kontraktor dan perunding yang terlibat secara langsung dalam projek kerajaan adalah dipelawa untuk membuat tempahan penggunaan kemudahan MyBIM LAB seperti berikut:
Sila KLIK PADA GAMBAR di bawah atau IMBAS KOD QR yang disediakan untuk mengakses Dashboard Pendaftaran Tempahan MyBIM LAB JKR Malaysia

4. Semua permohonan tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan jadual, semakan dan kelulusan pihak pengurusan MyBIM LAB JKR Malaysia. Pemohon juga diminta untuk mematuhi peraturan penggunaan serta garis panduan yang telah ditetapkan.
5. Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh pelaksanaan BIM, meningkatkan kompetensi warga kerja serta menyokong agenda pendigitalan JKR Malaysia.
Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini amat dihargai.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Building Information Modelling
Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
IPJKR Malaysia